Monday, October 15, 2012

GEN X, Y ,Z

Assalamualaikum...


16/10/12.. hari ni. 


Lama ummi tak menulis. Biasalah agak sibuk dengan kerja rumah, jaga ahli keluarga yang kecik-kecik; shun(kucing) dengan kiki kaka (kura2 uci).

Ijah cuti 3 minggu ni ummi rasa lega sikit le.. Bukan bab tolong ummi buat kerja tapi sekurang-kurangnya ummi ada la orang teman kat rumah so untuk uruskan yang si kecik2 tu boleh la dia uruskan (ok tak Ijah!.. haha)



Ok..dipendekkan cerita, kalau tengokkan tajuk kat atas, anak2 tentu dah tau lebih banyak berbanding ummi, malah boleh bercerita panjang lebar. kebetulan baru2 ni, dalam perjalanan nak ambik ayit daripada program MUB (Meniti Usia Baligh anjuran Ikram Teens) abah ada bercerita pasal gen2 ni. Ummi layan je abah bercerita tapi alkisah sebenarnya  ummi sendiri pun tak berapa tau sangat. Memang ada dengar anak2 dok sebut gen y la, gen z la..tapi tak pernah pulak ummi nak search kat internet cari maklumat. GEN tu sendiripun ummi tak pasti maknanya. Tapi bila abah bercerita tu, ummi pun buat2 tau je lah..nanti kena kutuk dek abah pulak..hehehe.



Sehari dua ni kebetulan on-line, ummi search la pasal GEN2 ni. Baru la ummi tau, gen tu maknanya generasi. Apasal la ummi tak terfikir sebelum ni. Sekurang-kurangnya ummi dah tau sekarang ni. Betullah zaman teknologi sekarang ni maklumat di hujung jari. Ummi baca sikit pasal generasi yang ada daripada veteren, baby boomers, gen x, gen y dan gen z. Agak2 ummi abah kat generasi mana. 

Kalau veteren tu lahir sebelum 1946, so dia orang sempat la melalui zaman perang dunia 1 dan 2 (ni zaman tok dan tokwan). Lepas tu baby boomers selepas 1946 hingga 1964. Seterusnya Gen X, 1965 - 1976(ummi abah rupanya Gen X). Lahir pulak Gen Y(1980-1995), ni era kakak2..zaman millienium, mantap. Adik2 lak Gen Z..lagi la hebat, zaman komputer, internet, mobile phone. Uci yang kecik pun dah nak Ipad, iyah pun nak hp..ayit je yang belum ada perasaan lagi.

Bila ummi fikir balikkan..ummi rasa cabaran makin hebat. 

Tak salah teknologi, cuma ummi kena pastikan perkara pertama yang mesti ada pada anak2 ialah kenal Allah swt, kenal Rasul saw. Justeru..di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung, anak-anak akan tetap terpelihara. 



MasyaAllah....

Thursday, October 4, 2012

ANAK DAN NAMA

Assalamualaikum...


Diam tak diam dah 4 Oktober 2012. 


Cepat betul masa berlalu antara sedar atau tidak, umur semakin meningkat. Anak-anak menginjak ke usia remaja. Yang remaja menuju dewasa. Si kecik uci semakin faham tangungjawab walaupun hari-hari ummi abah kena bercakap dan bagi teguran. 


"Maghrib dah solat ke belum, dah mengaji?" 

haha... macam tu lah lebih kurang perkataan pertama yang keluar daripada mulut abah bila sampai je kat rumah. Maka bertempiaranlah masing-masing lari ke bilik air. Mana-mana yang sekali sekala solat awal tu..dengan bangganya bagi tau,


    " Iyah/ayit/uci dah solat.." 

Baru-baru ni, Uci rajin betul nak solat, siap mengaji gitu..bagus la kan. Sebelum tidur pun ambik wuduk. Rupa-rupa nya lepas ummi siasat, ada tengok CD hantu dengan ayit. Macam2...hai..tak kisah la uci..yang penting uci nanti jadi anak solehah. Kes curi duit ummi dulupun uci kata uci dah insaf. Sayanggg uci.


Iyah a.k.a. Ge , tak dak masalah sangat. Bab belajar ke, main ke, berjalan ke rumah kawan ke sampai tak balik rumah...kira ok la. Tapi bab makan.. tak dapat nak tolong, sentiasa berselera. Tapi boleh pakai jugak, kuat kudrat dia. Suka je ummi kalau bawak dia pi shopping. Kiri kanan tangan boleh bawak barang.



Alkisah Ayit, satu-satu nya hero kat rumah. Pernah ummi tanya abah, antara semua nama anak-anak yang mana paling power. Abah kata MUJAHID le, sapa lagi. MasyaAllah hebatnya kalau Mujahid betul2 sehebat nama dia. Pagi tadi ummi dengar tazkirah pagi kat radio ikim, Ustaz Haslin Bahrim..cerita pasal anak2. Dia kata antara tanggungjawab ibubapa ialah memberi nama yang baik kepada anak2. Nama adalah doa. Elok kalau panggil anak dengan nama penuh seandainya nama yang diberi baik.  Alhamdulillah..nama anak2 ummi baik2 dan hebat belaka. 



Lepas ni ummi kena panggil Muslihah..Murshidah..Mu'izzah..Mujahid.. Munirah..Musyirah. Terima kasih abah.. bagi nama anak2 (sebab ummi tak pandai sangat bahasa arab). Cerita pasal nama, ummi teringat kisah lucu masa ummi kat hospital follow up, nurse kat meja depan panggil sorang demi sorang untuk check bp, bila sampai nama sorang ni, dia panggil banyak kali NorAzrin..NorAzrin(beberapa kali). Dia tak perasan ada mamat berdiri depan dia dah lama. Ummi dengar mamat tu kata, "Saya la NorAzrin." Nurse kata ' Ooo awak',



Haha..macam tu lah. Anak2 ummi, jadilah seperti nama yang diberi. Seperti yang Prof Muhaya kata sentiasa sayang diri sendiri, sentiasa maafkan orang lain, rendah diri dengan orang lain, rendah hati dengan Pencipta, Allah swt. Allah tanpa kita tetap Allah tapi kita tanpa Allah tiada apa2/bukan sesiapa.



Peringatan untuk ummi jua.......





Sunday, September 30, 2012

PENAT

Assalamualaikum...


Rasanya dah tiga hingga empat tahun ummi tak menjejakkan kaki ke pasar borong(Pasar Borong Selayang). Mungkin sejak ummi sakit kot... 

Nak dijadikan cerita, maka hari Sabtu baru-baru ni (29 Sept 12)  ummi  berusaha jugaklah ke sana. Boleh beli ikan banyak sikit harga pun  tak  lah mahal sangat.Tambah lagi ummi nak kena bagi abah makan protien banyak sikit..(ummi ada baca satu artikel tentang orang darah O kena lebih ambil protien ..haha) 



Kalau beli kat kedai Din(kedai runcit kat tepi rumah..anak2 tau sangatlah) RM50 ikan sayur boleh makan dalam 2-3 hari saja tapi rm50 pasar borong seminggu lebih jugak. Tentang kualiti ikan tu..pandai2 la kita pilih, jangan beli yang murah sangat, takut ikan dah lama.



Sampai je kat pasar borong, wow...banyak gak perubahan tapi bahagian ikan dengan sayur masih macam dulu gak. Abah tunggu dalam kereta je, tak de parking..biasa la. Ada mamat bangla offer ummi  petai..


    "Petai kak, murah-murah..satu ikat rm2  saja"

Ummi senyum je kat dia. Ummi terus ke bahagian ikan. Gerai pertama ummi beli ikan Mayong. Kalau kat perak, tol panggil ikan plotan, sedap kalau buat  masak asam, masak cuka, goreng lumur dengan asam jawa(hati2..minyak akan jadi hitam legam). Seterusnya ummi beli ikan senangin 2 ekor je sebab saiz besar(boleh goreng, buat sup atau masak lemak).


Gerai seterusnya ummi beli ikan bawal hitam(leh buat sweet sour, goreng pun sodap..). Ikan selar, nampak macam segar je, beli sekilo..last sekali untuk anak kecik yang berbulu, shun..ummi beli ikan sardin 1 kg baru rm5. On the way keluar dari pasar, beli ayam 2 ekor. stop. cukup le tu..bukan ada sapa kat rumah tinggal adik2 3 orang je, sorang dah out tak makan ikan.



Kat luar pasar, jumpa lah si mamat jual petai tadi. Dia offer petai lagi. Ummi kata " Terima kasih, saya tak makan petai" kahkahkah...dalam hati makan je, cuma sekarang ni malas nak busuk2 bilik air. Ok..itulah kisahnya. Sampai rumah siang ikan, simpan dalam peti. Ikan shun ummi rebus je..semacam je dia melantak. Lepas makan, kenyang..tidur 4 kaki ke atas. Kebetulan ijah ada kat rumah, maka dia la yang menghabiskan siang ikan. Kalau yong tak tau la..pengsan dulu kut hehehe.



Petang sikit ummi dah terasa penat sangat. Malam...demam, itulah ummi. 

2 minggu lagi ke pasar lagi..



Saturday, September 22, 2012

DIA YANG TERINDAH

Baru2 ni ummi ada tengok cerita kat slot Akasia kalau tak silap ummi. Tajuk dia Dia yang terindah, filem Erma Fatima. Ada la dua tiga episode je..jarang ummi tengok cerita melayu ni, abah pun tak bagi sangat, selalunya macam tak logik je. Lagipun waktu dia tayang tak sesuai 7.00 hingga 8.00 malam(tengah maghrib). Apa yang ummi faham kisah isteri yang tak taat suami sebab berkahwin bukan atas dasar cinta(diuruskan orang tua), dia pulak ada kekasih hati sebelum kahwin.

Tengok lak cerita tu dengan si Ge, minat pulak si Ge tu tengok cerita tu. Tengok balik jalan cerita..ummi tak bagi dia tengok dah sebab tak sesuai dengar umur dia. Anak2 ummi nanti kena ingat bila dah ada anak2 nanti benda2 macam ni jangan terlepas pandang. 

Berbalik kepada Kau Yang Terindah tadi, akhirnya dek kesabaran suami, lembut la hati si isteri..dan si isteri sedar sesungguhnya CINTA yang sebenar adalah milik Allah.Justeru itu, cinta si isteri harus diberikan kepada yang berhak.

Anak2 ummi...cinta yang hadir selepas perkahwinan sebenarnya lebih indah. Ummi dengan abah dulu pun macam tu, mana cintan2 sebelum kahwin. Betul tak abah? Abah tu ummi tak tau la..suka2 kat orang ada la kot...hehe(jangan mareee). Kat bawah ni ada lirik lagu Kopratasa yang ummi suka, nak nyanyi tak pandai. Istimewa untuk seorang isteri(untuk ummi la..)

Telah ku siapkan 
satu daerah paling sunyi
dalam hati ini, untuk kau isi sebagai isteri
untuk kau penuhi, dengan kemuliaan seorang wanita
untuk kau beri erti dengan kelembutan
untuk kau hargai, dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
yang tahu harga budi dan hati
seorang lelaki bernama suami
kerana kau isteri, ku ingin kau mengerti
bahawa hidup ini, tak semudah yang kita janjikan
yang kita janjikan, kerana kau isteriku

Susunan tak betul sangat macam lagu..lebih macam puisi tapi amat beerti buat ummi.Ok that's all..sayanggg abah.


Friday, September 21, 2012

FOLLOW UP

19 September 2012 dah ummi bulat-bulatkan kat kalender sejak bulan Mac lagi. Boleh kata semua kalender ada la yang bertanda. Kalau tak bulat pasti bergaris..haha. Kat sebelah tarikh tu ummi tulis besar-besar..HKL 

Nak tau pasal apa? Itulah dia tarikh follow up ummi dengan Neuro Surgeon(klinik neuro bahagian surgeri). Kalau mis tarikh, susah lak nak dapat tarikh baru. Maklumlah rakyat Malaysia ni ramai betul yang sakit kritikal ni..tapi ummi bersyukur..berbaloi ummi pergi HKL, setiap kali follow up kena bayar baru RM5.00...haa..itulah namanya rakyat diutamakan. Bayangkan kalau nak pergi hospital swasta, kalau tak de seratus dua dalam tangan jangan la..

Alhamdulillah, hari tu abah boleh amik cuti half day, boleh la hantar ummi. Pergi awal dapat jumpak doktor awal, dapat balik awal, tapi tu pun bergantung dengan jumlah pesakit .. kalau ramai lambat la sikit.

Kebetulan masa kat klinik surgeri tu..ada sorang pakcik tu, selalunya tarikh follow up dia sama dengan ummi. Dulu sebelah kiri tangan dia tak boleh angkat, mulut pun ada masalah jugak tapi kali ni jumpak dia...Alhamdulillah..tangan  dia dah boleh gerak-gerak. Mungkin dia buat buat terapi kut(antara kaedah yang biasa untuk orang yang kena strok). Ummi terlintas, macam abah selalu nasihatkan...tak ada penyakit yang tak ada ubat, cuma kita jangan terlalu negatif.

Ummi akhirnya dapat jumpak doktor..kebetulan doktor India perempuan. Ada doktor handsome favorite ummi tu..tapi dia kat bilik lain..haha jangan salah sangka lak, macam anak-anak je dengan ummi. Lembut je orangnya, air muka ceria, sentiasa senyum..(bagus kalau semua doktor macam ni)...yang pastinya dia bukan le si lembut. Abahpun dah 2 kali jumpak dengan dia. Doktor yang ummi jumpak nasihatkan ummi terus amik ubat seperti selalu dan jangan sesekali skip/lupa...maklum lah ummi tinggal sorang sorang kat rumah, kalau jadi macam dulu lagi semua orang susah.

Ummi ada azam baru..tak nak tinggal makan ubat. Lagi 6 bulan ummi akan buat MRI sekali lagi. Begitulah...

Thursday, September 20, 2012

BALIK KAMPUNG

Hari ni 20/9 /12 sebenarnya ummi dengan abah balik kampung, ada saudara abah meninggal, ummi nak bagi tau sapa dia pun awak orang tentu tak kenal..pangkat anak saudara pupu dengan abah,  ummi pun tak berapa nak ingat dah, sakit dah lama ceritanya. Lepas tu ummi dengan abah sempat pi ziarah kubur tok gan aki..jumpak lak kak siti tapi kami dah tak singgah rumah ayahandak, tak sempat sebab adik-adik dan nak balik sekolah.

Cerita pasal ayahandak..abah cerita saudara yang meninggal tu, kawan baik ayahandak masa kecik-kecik, sama-sama buat nakal...haha. Ayahandak yang sempurnakan talkin tadi. Abah kata masa baca talkin tadi ayahandak agak sebak sikit...macam dia baca talkin masa arwah tok dulu. Semua orang dah beredar..dia masih ditepi kuburan.

Cuaca agak panas..ummi sakit kepala sikit..sebelum bertolak lagi, masuk angin kot tapi Alhamdulillah dapat bertahan lagi. Mujur bukan abah yang sakit kepala, haru dibuatnya tapi ummi dah sedia awal-awal lagi minyak yuu yee dengan minyak kapak. On the way balik ke Pahang, lapar sangat ummi abah sempat singgah kat R&R Temerloh, beli nasik lemak gan kueteaw goreng makan dalam kereta je, sebab dah lambat...lupa lak, ummi beli gak pau kaya..

Dari kubur, ummi abah singgah kejap kat rumah andak mai, (rumah mak yang meninggal tu), jumpa saudara-saudara lain, ada la yang ummi kenal...Alhamdulillah..anak-anak ummi nanti, tolong amik tau pasal saudara mara, tak kira la sebelah abah atau ummi. Paling penting tok,wan..ayah-ayah saudara, mak-mak saudara dan sepupu-sepupu kalau boleh sentiasa update, tak kira la cara macam mana, fb ka, melalui telefon ka  dan sbgnya..

Alhamdulillah, belum 2.30 lagi ummi abah dah sampai rumah sempat la tengok adik-adik pegi sekolah agama, tak ada la yang amik kesempatan tak pegi sekolah..hehe. Begitulah....

Al-Fatihah..sedekahkan untuk saudara abah tadi, tok, aki, nek(perak) dan opah semoga Allah cucuri rahmat ke atas mereka.