Saturday, February 15, 2014

LAGI DULU, DULU... SEKARANG ... AKAN DATANG

16 feb 2014
12.53 pm


Masa ni ummi tengah cari idea nak masak apa, pagi makan spageti..biasa la guna sos prego dengan cendawan campur daging cincang. Menu ni senang sebab bila buat semua orang boleh makan terutamanya si hero yang tak makan nasi tu. Kalau masak benda lain yang dia dia tak makan..kena pulak prepare benda lain kat dia..(dugaann). Iyah dah cadangkan ummi masak telor masak kicap..ok beres, kejap2 lagi lah ye..

Ada satu cerita yang terlintas dalam kepala ummi yang ummi nak share kat sini.


LAGI DULU

Dalam perjalanan..suami memandu, isteri di sebelah

Tempoh perjalanan : ada dekat, ada jauh


suami : (sambil memandu sibuk dengan hp..whatapps, fb, macam2 lg)

isteri  : suamiku. Janganlah guna hp masa memandu bahaya..kalau tak bahayakan diri                   kita, kita akan bahayakan orang lain..
suami : (diam buat tak tau je)
isteri  : suamiku, kalau polis nampak kena bayar saman macam dulu..
            bla..bla..bla....
           (dalam hati, hai.. terasa macam membebel la pulak)


DULU

Perkara yang sama berlaku, si isteri terus terusan mengingatkan si suami tanpa jemu. Suami kadang-kadang mengiyakan kata-kata isteri kadang-kadang tidak. 


SEKARANG

Suatu hari..

suami : sayang..abang tergeser kereta orang

isteri  : MasyaAllah..macamana boleh jadi macam tu suamiku..
suami : abang tengah guna hp masa tu, mujur tak ada apa-apa
isteri  : Alhamdulillah..hai suamiku, jenuh dah sayang mengingatkan abang dulu
            (dalam hati : @@##$$%%%***###...)


Si isteri, walaupun terbit sekelumit perasaan kecewa dihatinya namun dia tetap tidak jemu untuk sentiasa mengingat dan menasihati serta berdoa untuk si suami.


AKAN DATANG

Si isteri tidak pasti, cuma kini kadang kala selepas beberapa insiden dengan mereka yang tidak berhati-hati serta pentingkan diri. Rasa selamat si isteri seolah-olah terhakis. 

Pastinya untuk si isteri rasa selamatnya lebih bila bersama si suami. Si suami yang penyayang pula sentiasa mengingatkan, "Ok kita dah nak jalan ni.. Semua dah baca doa".

Wednesday, February 12, 2014

DULU DAN SEKARANG

13 feb 2014


Dulu dan sekarang..aku yang dulu bukan yang sekarang, tiba2 teringat lagu tegar..sedap je lagunya. Kalau si kecik uci yang menyanyi sebutannya akan lebih indon lagi berbanding penyanyinya yang indon..dan si abang Mujahidnya marah sangat..kata ayit kalau nak nyanyi tu sebut la elok2 biar lidah orang melayu. Ummi diam je..senyum(pecah ketawa dalam perut).



Dulu..oktober 2012, last ummi menulis..dah setahun lebih ummi tak menulis..sampai terlupa pw blog. Angah, Yong asyik tanya je bila ummi nak start menulis semula..boleh share banyak benda sebenarnya dengan anak2 atau sesiapa saja yang baca tulisan ummi ni walaupun apa yang ummi coretkan ini hanya kisah simple keluarga kita. 



Anggaplah tulisan ummi hari ni sebagai intro untuk cerita seterusnya..dan sebagai hadiah pencetus semangat kat angah yang bakal menghadapi exam final year tak lama lagi. Buat yang terbaik angah,..ummi abah sentiasa berdoa agar angah sentiasa dipermudahkan segala urusan. Ijah jugak ye..study hard tapi jangan lupa tanggungjawab sebagai hamba Allah.



Yong dah nak balik kolej hari..terima kasih kat yong yang tak jemu tolong ummi kat rumah terutama bab shun(kucing). Seronok tengok bila yong marah2 kat shun kalau shun 'spray' rata2..yong terus jadi cinderella cuci spray shun, bukan setakat shun, kontotpun tumpang spray tanda kawasan haha..agaknya lepas ni ummi pulak le yang jadi cinderella. 



Ok sampai setakat ni untuk kali ini..jumpa lagi

Monday, October 15, 2012

GEN X, Y ,Z

Assalamualaikum...


16/10/12.. hari ni. 


Lama ummi tak menulis. Biasalah agak sibuk dengan kerja rumah, jaga ahli keluarga yang kecik-kecik; shun(kucing) dengan kiki kaka (kura2 uci).

Ijah cuti 3 minggu ni ummi rasa lega sikit le.. Bukan bab tolong ummi buat kerja tapi sekurang-kurangnya ummi ada la orang teman kat rumah so untuk uruskan yang si kecik2 tu boleh la dia uruskan (ok tak Ijah!.. haha)



Ok..dipendekkan cerita, kalau tengokkan tajuk kat atas, anak2 tentu dah tau lebih banyak berbanding ummi, malah boleh bercerita panjang lebar. kebetulan baru2 ni, dalam perjalanan nak ambik ayit daripada program MUB (Meniti Usia Baligh anjuran Ikram Teens) abah ada bercerita pasal gen2 ni. Ummi layan je abah bercerita tapi alkisah sebenarnya  ummi sendiri pun tak berapa tau sangat. Memang ada dengar anak2 dok sebut gen y la, gen z la..tapi tak pernah pulak ummi nak search kat internet cari maklumat. GEN tu sendiripun ummi tak pasti maknanya. Tapi bila abah bercerita tu, ummi pun buat2 tau je lah..nanti kena kutuk dek abah pulak..hehehe.



Sehari dua ni kebetulan on-line, ummi search la pasal GEN2 ni. Baru la ummi tau, gen tu maknanya generasi. Apasal la ummi tak terfikir sebelum ni. Sekurang-kurangnya ummi dah tau sekarang ni. Betullah zaman teknologi sekarang ni maklumat di hujung jari. Ummi baca sikit pasal generasi yang ada daripada veteren, baby boomers, gen x, gen y dan gen z. Agak2 ummi abah kat generasi mana. 

Kalau veteren tu lahir sebelum 1946, so dia orang sempat la melalui zaman perang dunia 1 dan 2 (ni zaman tok dan tokwan). Lepas tu baby boomers selepas 1946 hingga 1964. Seterusnya Gen X, 1965 - 1976(ummi abah rupanya Gen X). Lahir pulak Gen Y(1980-1995), ni era kakak2..zaman millienium, mantap. Adik2 lak Gen Z..lagi la hebat, zaman komputer, internet, mobile phone. Uci yang kecik pun dah nak Ipad, iyah pun nak hp..ayit je yang belum ada perasaan lagi.

Bila ummi fikir balikkan..ummi rasa cabaran makin hebat. 

Tak salah teknologi, cuma ummi kena pastikan perkara pertama yang mesti ada pada anak2 ialah kenal Allah swt, kenal Rasul saw. Justeru..di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung, anak-anak akan tetap terpelihara. 



MasyaAllah....

Thursday, October 4, 2012

ANAK DAN NAMA

Assalamualaikum...


Diam tak diam dah 4 Oktober 2012. 


Cepat betul masa berlalu antara sedar atau tidak, umur semakin meningkat. Anak-anak menginjak ke usia remaja. Yang remaja menuju dewasa. Si kecik uci semakin faham tangungjawab walaupun hari-hari ummi abah kena bercakap dan bagi teguran. 


"Maghrib dah solat ke belum, dah mengaji?" 

haha... macam tu lah lebih kurang perkataan pertama yang keluar daripada mulut abah bila sampai je kat rumah. Maka bertempiaranlah masing-masing lari ke bilik air. Mana-mana yang sekali sekala solat awal tu..dengan bangganya bagi tau,


    " Iyah/ayit/uci dah solat.." 

Baru-baru ni, Uci rajin betul nak solat, siap mengaji gitu..bagus la kan. Sebelum tidur pun ambik wuduk. Rupa-rupa nya lepas ummi siasat, ada tengok CD hantu dengan ayit. Macam2...hai..tak kisah la uci..yang penting uci nanti jadi anak solehah. Kes curi duit ummi dulupun uci kata uci dah insaf. Sayanggg uci.


Iyah a.k.a. Ge , tak dak masalah sangat. Bab belajar ke, main ke, berjalan ke rumah kawan ke sampai tak balik rumah...kira ok la. Tapi bab makan.. tak dapat nak tolong, sentiasa berselera. Tapi boleh pakai jugak, kuat kudrat dia. Suka je ummi kalau bawak dia pi shopping. Kiri kanan tangan boleh bawak barang.



Alkisah Ayit, satu-satu nya hero kat rumah. Pernah ummi tanya abah, antara semua nama anak-anak yang mana paling power. Abah kata MUJAHID le, sapa lagi. MasyaAllah hebatnya kalau Mujahid betul2 sehebat nama dia. Pagi tadi ummi dengar tazkirah pagi kat radio ikim, Ustaz Haslin Bahrim..cerita pasal anak2. Dia kata antara tanggungjawab ibubapa ialah memberi nama yang baik kepada anak2. Nama adalah doa. Elok kalau panggil anak dengan nama penuh seandainya nama yang diberi baik.  Alhamdulillah..nama anak2 ummi baik2 dan hebat belaka. 



Lepas ni ummi kena panggil Muslihah..Murshidah..Mu'izzah..Mujahid.. Munirah..Musyirah. Terima kasih abah.. bagi nama anak2 (sebab ummi tak pandai sangat bahasa arab). Cerita pasal nama, ummi teringat kisah lucu masa ummi kat hospital follow up, nurse kat meja depan panggil sorang demi sorang untuk check bp, bila sampai nama sorang ni, dia panggil banyak kali NorAzrin..NorAzrin(beberapa kali). Dia tak perasan ada mamat berdiri depan dia dah lama. Ummi dengar mamat tu kata, "Saya la NorAzrin." Nurse kata ' Ooo awak',



Haha..macam tu lah. Anak2 ummi, jadilah seperti nama yang diberi. Seperti yang Prof Muhaya kata sentiasa sayang diri sendiri, sentiasa maafkan orang lain, rendah diri dengan orang lain, rendah hati dengan Pencipta, Allah swt. Allah tanpa kita tetap Allah tapi kita tanpa Allah tiada apa2/bukan sesiapa.



Peringatan untuk ummi jua.......