13 feb 2014
Dulu dan sekarang..aku yang dulu bukan yang sekarang, tiba2 teringat lagu tegar..sedap je lagunya. Kalau si kecik uci yang menyanyi sebutannya akan lebih indon lagi berbanding penyanyinya yang indon..dan si abang Mujahidnya marah sangat..kata ayit kalau nak nyanyi tu sebut la elok2 biar lidah orang melayu. Ummi diam je..senyum(pecah ketawa dalam perut).
Dulu..oktober 2012, last ummi menulis..dah setahun lebih ummi tak menulis..sampai terlupa pw blog. Angah, Yong asyik tanya je bila ummi nak start menulis semula..boleh share banyak benda sebenarnya dengan anak2 atau sesiapa saja yang baca tulisan ummi ni walaupun apa yang ummi coretkan ini hanya kisah simple keluarga kita.
Anggaplah tulisan ummi hari ni sebagai intro untuk cerita seterusnya..dan sebagai hadiah pencetus semangat kat angah yang bakal menghadapi exam final year tak lama lagi. Buat yang terbaik angah,..ummi abah sentiasa berdoa agar angah sentiasa dipermudahkan segala urusan. Ijah jugak ye..study hard tapi jangan lupa tanggungjawab sebagai hamba Allah.
Yong dah nak balik kolej hari..terima kasih kat yong yang tak jemu tolong ummi kat rumah terutama bab shun(kucing). Seronok tengok bila yong marah2 kat shun kalau shun 'spray' rata2..yong terus jadi cinderella cuci spray shun, bukan setakat shun, kontotpun tumpang spray tanda kawasan haha..agaknya lepas ni ummi pulak le yang jadi cinderella.
Ok sampai setakat ni untuk kali ini..jumpa lagi
No comments:
Post a Comment