Thursday, December 17, 2009

TERKENANG


Masa berlalu bagaikan tak terasa.

Anak kian membesar.. yang mengembirakan ummi ialah anak2 tiada masalah sangat kat sekolah/kolej. Kecuali mana anak2 yang agak istimewa sikit tu memang ada sikit masalah tetapi biasala, anak orang pun gitu jugak. Walau bagaimanapun anak2 bagi ummi merupakan satu anugerah yang tak ternilai. Anak2 adalah khabar gembira. Itu sajalah harta yang ummi ada sebab harta lain ummi tak ada termasuk wang ringgit.

Ummi jugak tak lupa yang ummi pernah diuji waktu salah seorang anak ummi sakit jantung, hampir setahun ummi berumahtangga di hospital KL. Ummi hilang berat badan masa tu lebih 10 kg..hu.hu(sedih teringat masa tu..kalau sekarang ni leh hilang 10 kg macam tu ok la jugak).. 

Ijah pun dah sihat hingga sekarang, ummi bersyukur sangat2 kepada Allah SWT.

Ijah masa baby. Tengah sakit time ni...

Bila terkenang balik..ummi redha atas apa yang diuji.

Ada jugak bab yang kelakar pasal ijah ni..pernah dia mintak ummi buat surat bagi kat cikgu kata dia tak sihat(sakit jantung) sebab dia tak nak join `road run' padahal sihat sangat, segar bugar lagi.. Macam2 ragam anak2 ummi sementara nak besar, dari tadika sampai lah dah masuk IPT, semoga Allah SWT memberkati anak2 ummi di mana sahaja berada.

Setiap kali anak2 nak exam..ummi selalu berdoa....

ya Allah Kau ampunilah dosa anak2ku samada besar maupun kecil, sesungguhnya aku sebagai ibu telah mengampunkan dosa-dosa mereka dan menghalalkan setiap titik air susuku untuk mereka...ya Allah permudahkanlah mereka untuk menjawab soalan peperiksaan daripada yang mudah atau pun yang senang, berilah mereka ketenangan hati dan kekuatan fikiran, bantulah mereka, hanya Engkau sajalah yang bersama mereka, aku hanya mampu berdoa dan memohon kepada Mu...ya Allah berilah anakku kejayaan..agar mereka menjadi insan yang yang terbaik..Aminnn

1 comment:

Miss Mus said...

Terima kasih ummi.. ^^