Wednesday, December 16, 2009

NIKMAT KESIHATAN


Setelah 6 bulan ummi sakit, baru sekarang ummi diberi kekuatan untuk mencatat sepatah dua kata, isi hati serta luahan rasa.

Perkara yang ingin ummi perkatakan ialah nikmat kesihatan.

40 tahun bagaikan berlalu begitu saja(perasaan ummi la...). Sebaliknya ummi patut berbangga kerana melahirkan 6 orang cahaya mata yang begitu bermakna. (kita sambung lagi bila2 sebab air mata dah mengalir(ummi ni sensitif dan ngantuk sama...)


p/s: 12.30 tgh mlm 16 dis 2009.


*****

Sambung cerita...

Bermakna hampir 18 tahun ummi stress dalam membesarkan anak2 disamping bekerja mencari rezeki membantu abah. Tambahan masa tu ekonomi tak berapa stabil. Tapi tak le teruk sangat sebab keluarga masih kecik. Abah kerja apa masa tu pun ummi tak ingat. 

Ummi lak masa tu kerja dengan satu syarikat MLM. Memandangkan syarikat yang ummi kerja diurus secara kurang profesional... menyebabkan ummi agak tertekan tapi terpaksa menyimpan tekanan dalam hati(jangan sesiapa buat macam ni..)

No comments: